Friday, 9 December 2016

PENJELASAN



Setelah turun daripada kenderaan itu si dia memanggilku….

Safira…! Safira..!  Aku pun menoleh kebelakang “Assalamuaalaikum.. Iman Safira.. Apa khabar? Dan aku pun menjawab “ Waalaikumsalam,khabar baik..Macam mana pulak dengan awak? “ya, saya baik-baik saja.. saoalan bertub-tubi walaupun dalam keadaaan sedang berdiri kemudian si dia mempelawa aku untuk minum sebentar di restoran berdekatan  lobi hotel..Memandangkan hari masih petang,maka aku ikutkan saja.. Setelah memesan secangkir kopi dan teh kami pun bertukar-tukar cerita sepanjang tempoh tidak berhubung..Perbualan yang pertamanya terasa kekok berakhir dengan penjelasan mengapa berlaku salah faham ketika itu  sehingga membuat suatu perhubungan yang dulu terputus di tengah jalan ..Percutian yang membawa kepada sebuah pertemuan.. Perpisahan yang membawa kepada titik mula perkenalan.. Akal yang kini lebih panjang dan matang.. Kini,aku terima dengan hati terbuka apa yang telah terjadi.. Dan perhubungan menjadi semakin dekat setelah pulang dari Bali..

~~~~Setelah 6 bulan ..Kami melangsungkan pertunangan…  Percutian di Bali mempertemukan kami kembali..Hati yang berpaut kembali setelah kosong sekian lama sendiri.. Kini,kau hadir..Tidak mungkin ku lepas lagi.. Aku juga percaya “pertemuan adalah suatu kebetulan,perpisahan itu pasti”


Tajuk Cerita : Selembut Angin Bali    “pertemuan adalah suatu kebetulan,perpisahan itu pasti”
Nukilan : Helsi Abd malik


Wednesday, 7 December 2016

TANPA





Ohh… Begini rasa bercuti bersendirian  tanpa sesiapa pun di sisi…. Semuanya baik-baik saja malah lebih mudah.. dan waktu bersendirian ini membuat aku lupa akan segala permasalahan yang ada.. Bersiar2 di tepi pantai.. Mendengar bunyi ombak rindu yang membadai bebatu  dan pasir desir di pinggir pantai… melihat gunung yang berdiri megah.. alam semula jadi yang membuat aku mengagumi ciptaaNya..

Hari keempat aku di sini,aku membeli belah di sebuah pasar kerana ingin membeli sedikit buah tangan untuk keluarga dan rakan-rakan baik ku.. Setelah aku selesai membeli belah aku menaiki “angkot” iaitu kenderaan awam yang dinamakan di Indonesia.. Ketika aku menaiki angkot itu aku menoleh ke sebelah kiri oppss...! ohh tidak si dia.. yach… insan yang dulu pernah hadir dalam hati kecil ku sewaktu tika dahulu.. Bagaikan jantung berhenti berdegup.. Mata yang tidak mampu berkedip.. Tangan yang tidak mampu bergerak.. Lidah yang tidak mampu berbicara.. Si dia menoleh dan melambaikan tangan.. Keadaan yang begitu bingit membuatkan si dia hanya menggunakan bahasa isyarat yang tidak aku fahami….

~~Sudah tiba di didepan hotel.. Ketika aku hendak turun.. Dia juga mengikuti aku.. Aku hairann.. Adakah si dia juga sedang bercuti disini…??

Nantikan selanjutnya….

Sunday, 27 November 2016

TERBONGKAR



Bali…destinasi percutian yang memang romantis untuk pasangan mahupun keluarga..tapi sayang aku hanya bersendirian..tak mengapa aku akan menghargai waktu percutian ini dengan sebaiknya..Sedang aku menyusuri indah pasir pantai aku berangan2 alangkah indahnya jika aku juga mempunyai pasangan seperti yang disana..ya..mereka kelihatan bahagia bersama anak2 kecil yang lucu lantas membina rumah istana pasir bersama2..Tak mengapa..waktu ku akan tiba..Perjalanan yang permulaan pantai sudahpun tiba ke penghujung dengan terbenamnya matahari senja aku pulang ke hotel..nah…terbongkar isi hati ku apabila aku masih mempunyai keinginan untuk mencintai dan dicintai..

~Tatkala aku membelek buku menu aku terdengar seseorang memesan “kopi panas gula 3sudu kecil susu 1sudu kecil”…Aku persis kenal suara itu….suara yang sangat aku rindu...takut untuk menoleh kebelakang maka aku membiarkan saja..takut untuk berharap situasi yang tidak pasti..hehehe…

Nantikan selanjutnya…

Friday, 18 November 2016

SEBENAR





Hakikat sebenar  sebuah perasaan tidak dapat di hapuskan dengan  sebuah perpisahan.. Aku tetap diriku yang ada sekeping hati yang pernah di duduki sewaktu masa dulu. Usia yang mana sering diperkatakan oleh orang tua selayaknya diri sudah  mempunyai  “teman” ..Aku bingung dengan keadaan yang mendesak ini..Aku bawa diri jauh untuk menenangkan hati..Destinasi Bali,Indonesia menjadi pilihan ku kali ini. Hanya bersendirian..Ya..ini pertama kali aku bersendirian..saat melangkah  ke dalam pesawat langkah yang membawa aku duduk di tepi tingkap supaya dapat melihat indahnya ciptaan-Mu.. “meski kau kini jauh di sana mungkin kita sedang memandang langit yang sama”  oppss.. Apa yang sedang aku fikirkan… telah pun tiba di destinasi.. Aku merasai satu firasat  kemungkinan  ada sesuatu yang membawa aku ke tempat ini… Kemungkinan yang sudah pun tertulis ditangan takdir..

Nantikan selanjutnya…

Friday, 11 November 2016

HAKIKAT




Hakikat kehidupan di mana petemuaan itu kebetulan perpisahan itu pasti. Hubungan telah pun terlerai. Aku masih begini mencari apa yang aku ingin kan dalam kehidupan ku. Setelah 5 tahun berlalu, Aku memulakan perniagaan  secara kecil kecilan iaitu membuka restoran Nasi Padang di kawasan Subang Jaya. Aku masih bekerja di sebuah syarikat disamping menjaga restoran itu dengan bantuan ahli keluarga ku. Aku merangkak mencari strategi untuk mengembangkan lagi perniagaan aku. Akhirnya selama setahun lebih aku bergiat dalam melebarkan sayap ku dengan sambutan yang sangat memberangsangkan daripada pelanggan2 . Aku membuat menu yang persis sama dengan me nu ada yang di serantau negeri Padang dan olahannya adalah original dan bahan yang digunakan adalah di import dari Sumatera Barat.  Dengan bantuan ahli keluarga ku yang memang terlahir dari kalangan yang pandai memasak kami mengusaha kan bersama. Di sini aku berasa keluarga amat penting disisi disamping kerjaya yang aku cipta semakin cerah jalannya maka kehidupan ku kini hanya memikirkan jalan untuk  berjaya bukan lah bermain perasaan.

Wednesday, 9 November 2016

DAN



 Dan hari berganti hari sudahpun 5 tahun berkenalan..Masing2 telah pun mempunyai kerjaya masing-masing sebagai seorang pramugara dan seorang human resources di sebuah syarikat terkemuka..Hubungan persahabatan masih kekal lagi terjalin memang rindu  tapi belum bisa bertemu.Hanya bisa menunggu di batas waktu.Dalam doa ku selipkan nama mu.Berharap suatu saat kita bisa  bertemu.Aku masih lagi ingin mencipta kerjaya ku kerana aku lebih mementingkan keluarga ku daripada hatiku yang masih lagi belum memutuskan apa2 jawapan.Di kala penantian wujud pelbagai dugaan yang menduga sekeping hati hati ini.Lantas hati pun menyerah kepada sebuah perasaan yang memutuskan untuk pergi.Lalu bagaimana penantian  dengan 1830 hari ini??? hanya sebuah takdir yang akan  memberikan jawapan..

Friday, 21 October 2016

TAKUT


Hari berganti hari ada sesuatu kelainan iaitu naluri seorang remaja ketika itu..Pada mulanya aku takut…Takut untuk melihat secara keseluruhan tentang perhubungan ini..Dan aku hanya menganggap ini adalah sebuah pertemanan dan sebuah picisan dalam episode kehidupan seorang remaja..Aku telah pun dijemput kesebuah jamuan berbuka pusa di rumah sahabatku..Dan sekali lagi aku bertemu dengannya..Kami telah pun berkawan selama 1 tahun hanya berstatuskan junior dan senior memandangkan kami juga kenal melalui kakak sahabatku..Aku yang mengagumi perwatakannya lalu aku hanya memendam rasa..Selepas si dia tamat persekolahannya aku masih berada di sekolah itu..Dan kami berhubung melalui telefon bimbit yang pada ketika itu whatpps belum lagi begitu popular..Maka,si dia juga menyambung pelajarannya di peringkat lebih tinggi.Kami hanya membuat haluan masing- masing untuk menjalankan tanggungjawab kami..Sebuah pertemanan tidak akan putus hanya kerana jarak kerana masih dekat di hati..


Nanti kan selanjutnya…

MEREKA




Sudah pun dua minggu aku menjalani ibadah puasa..Pada petang itu aku mencapai komputer  peribadi ku untuk log in fb lalu aku updates status  “berbuka menu apa ye hari ni?”..Lalu beberapa minit kemudian si dia comment  si dia yang mungkin aku kenal atau pun tidak kenal..hehe..Perbualan berpanjangan hanya  bertopikkan  menu berbuka..Pada keesokkan harinya,rakan ku tertawa kecil pada ku ..Lalu aku berasa hairan kenapa mereka begitu..Aku yang mempunyai 4 orang sahabat ketika waktu rehat berbual kosong..Lalu mereka memberitahu kenapa mereka berkelakuan begitu..Ternyata mereka melihat perbualan dalam fb antara aku dan si senior itu..Mereka mengatakan bahawa  episode telah pun bermula..Aku pun masih kebingungan..

Nantikan selanjutnya..