Friday, 9 December 2016

PENJELASAN



Setelah turun daripada kenderaan itu si dia memanggilku….

Safira…! Safira..!  Aku pun menoleh kebelakang “Assalamuaalaikum.. Iman Safira.. Apa khabar? Dan aku pun menjawab “ Waalaikumsalam,khabar baik..Macam mana pulak dengan awak? “ya, saya baik-baik saja.. saoalan bertub-tubi walaupun dalam keadaaan sedang berdiri kemudian si dia mempelawa aku untuk minum sebentar di restoran berdekatan  lobi hotel..Memandangkan hari masih petang,maka aku ikutkan saja.. Setelah memesan secangkir kopi dan teh kami pun bertukar-tukar cerita sepanjang tempoh tidak berhubung..Perbualan yang pertamanya terasa kekok berakhir dengan penjelasan mengapa berlaku salah faham ketika itu  sehingga membuat suatu perhubungan yang dulu terputus di tengah jalan ..Percutian yang membawa kepada sebuah pertemuan.. Perpisahan yang membawa kepada titik mula perkenalan.. Akal yang kini lebih panjang dan matang.. Kini,aku terima dengan hati terbuka apa yang telah terjadi.. Dan perhubungan menjadi semakin dekat setelah pulang dari Bali..

~~~~Setelah 6 bulan ..Kami melangsungkan pertunangan…  Percutian di Bali mempertemukan kami kembali..Hati yang berpaut kembali setelah kosong sekian lama sendiri.. Kini,kau hadir..Tidak mungkin ku lepas lagi.. Aku juga percaya “pertemuan adalah suatu kebetulan,perpisahan itu pasti”


Tajuk Cerita : Selembut Angin Bali    “pertemuan adalah suatu kebetulan,perpisahan itu pasti”
Nukilan : Helsi Abd malik


Wednesday, 7 December 2016

TANPA





Ohh… Begini rasa bercuti bersendirian  tanpa sesiapa pun di sisi…. Semuanya baik-baik saja malah lebih mudah.. dan waktu bersendirian ini membuat aku lupa akan segala permasalahan yang ada.. Bersiar2 di tepi pantai.. Mendengar bunyi ombak rindu yang membadai bebatu  dan pasir desir di pinggir pantai… melihat gunung yang berdiri megah.. alam semula jadi yang membuat aku mengagumi ciptaaNya..

Hari keempat aku di sini,aku membeli belah di sebuah pasar kerana ingin membeli sedikit buah tangan untuk keluarga dan rakan-rakan baik ku.. Setelah aku selesai membeli belah aku menaiki “angkot” iaitu kenderaan awam yang dinamakan di Indonesia.. Ketika aku menaiki angkot itu aku menoleh ke sebelah kiri oppss...! ohh tidak si dia.. yach… insan yang dulu pernah hadir dalam hati kecil ku sewaktu tika dahulu.. Bagaikan jantung berhenti berdegup.. Mata yang tidak mampu berkedip.. Tangan yang tidak mampu bergerak.. Lidah yang tidak mampu berbicara.. Si dia menoleh dan melambaikan tangan.. Keadaan yang begitu bingit membuatkan si dia hanya menggunakan bahasa isyarat yang tidak aku fahami….

~~Sudah tiba di didepan hotel.. Ketika aku hendak turun.. Dia juga mengikuti aku.. Aku hairann.. Adakah si dia juga sedang bercuti disini…??

Nantikan selanjutnya….