Friday, 21 October 2016

TAKUT


Hari berganti hari ada sesuatu kelainan iaitu naluri seorang remaja ketika itu..Pada mulanya aku takut…Takut untuk melihat secara keseluruhan tentang perhubungan ini..Dan aku hanya menganggap ini adalah sebuah pertemanan dan sebuah picisan dalam episode kehidupan seorang remaja..Aku telah pun dijemput kesebuah jamuan berbuka pusa di rumah sahabatku..Dan sekali lagi aku bertemu dengannya..Kami telah pun berkawan selama 1 tahun hanya berstatuskan junior dan senior memandangkan kami juga kenal melalui kakak sahabatku..Aku yang mengagumi perwatakannya lalu aku hanya memendam rasa..Selepas si dia tamat persekolahannya aku masih berada di sekolah itu..Dan kami berhubung melalui telefon bimbit yang pada ketika itu whatpps belum lagi begitu popular..Maka,si dia juga menyambung pelajarannya di peringkat lebih tinggi.Kami hanya membuat haluan masing- masing untuk menjalankan tanggungjawab kami..Sebuah pertemanan tidak akan putus hanya kerana jarak kerana masih dekat di hati..


Nanti kan selanjutnya…

MEREKA




Sudah pun dua minggu aku menjalani ibadah puasa..Pada petang itu aku mencapai komputer  peribadi ku untuk log in fb lalu aku updates status  “berbuka menu apa ye hari ni?”..Lalu beberapa minit kemudian si dia comment  si dia yang mungkin aku kenal atau pun tidak kenal..hehe..Perbualan berpanjangan hanya  bertopikkan  menu berbuka..Pada keesokkan harinya,rakan ku tertawa kecil pada ku ..Lalu aku berasa hairan kenapa mereka begitu..Aku yang mempunyai 4 orang sahabat ketika waktu rehat berbual kosong..Lalu mereka memberitahu kenapa mereka berkelakuan begitu..Ternyata mereka melihat perbualan dalam fb antara aku dan si senior itu..Mereka mengatakan bahawa  episode telah pun bermula..Aku pun masih kebingungan..

Nantikan selanjutnya..

Friday, 14 October 2016

APABILA

“Apabila”
Apabila sayup azan subuh membangunkan aku.. Aku pun bangun dan segera membersihkan diri untuk mengerjakan kewajipan sebagai seorang umat islam dan bersiap untuk sekolah. Selepas bersiap aku pun mencapai kepingan roti gardenia untuk sarapan pagi lantas mengambil komputer peribadi kesayanganku untuk membuka facebook…Lalu pada notification ada seseorang yang  add sebagai friend sebelum accept aku pun melihat profile si dia..SAH!!! si dia si abang gigi cantik..hahaha..aku hairan mengapa dia add aku…di sebabkan dia seorang yang mungkin aku kenal iaitu senior di sekolah ku lalu aku pun menerima si dia sebagai friend di facebook..Tepat jam 7 aku pun menunggu bas untuk ke sekolah..Di dalam perjalanan sempat bermain di kepala ku apabila hari sudahpun menjelang ramadhan aku harus persiapkan diri untuk menempuhi  bulan yang dinantikan oleh umat islam.. bushhhhhh!!! Pintu bas sudah pun terbuka lalu aku melangkahkan kaki  untuk menimba ilmu pada hari ini..

Nantikan selanjutnya…………

Saturday, 8 October 2016

MARAH

Marah.. argghhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!! 

 Aku mula marah dengan keadaan  apabila mengetahui  si dia selalu memandangku dari jauh..Lebih-lebih lagi ketika aku menunggu bas sekolah di pondok bas untuk pulang ke rumah..Kadang kala sekali pandang aku juga melihat ke atas untuk  memastikan sama ada si dia memandangku ataupun tidak..Nahhh…Bas aku sudah pun sampai..Aku nak balik!!!rimas dengan keadaan yang menjerat aku untuk berfikiran macam macam..Setelah naik bas..Aku mula tenang..rasa  marah ku reda kerana aku ingin pulang ke rumah untuk  makan dan tidur.. 

Malam~~~ 

Setelah menghamparkan selimut ku yang menyejukkan..Aku bersedia untuk beradu..hehe..Tetapi sejenak angin berlalu aku terimbas peristiwa siang tadi apakah semua ini? “mungkin inikah yang dinamakan cinta~~~~~~~” berkumandang lagu di radio kecilku..malam telahpun datang rembulan pun mengambang aku memilih untuk tidur dan mematikan radio dan lampu tidur kecilku.. 

Nantikan selanjutnya…


Wednesday, 5 October 2016

MULA

Kini kisahku bermula….
Bila suatu yang tidak direncanakan datang tanpaku duga..Ketika pakaian masih beruniform sekolah aku memakai baju kurung putih berkain biru dan dia berkemeja putih lengkap bertali leher dan berseluar sekolah hijau..Statusku JUNIOR pada waktu itu..hehe.. Di suatu majlis dia datang bersama temannya ..aku seperti biasa dengan sikap selorohku kebetulan temannya adalah kakak kepada rakan karibku.Aku malah sempat bergurau untuk mengenakannya ..Disebabkan si dia mempunyai bentuk fizikal yang tinggi aku hanya dapat melihat dengan jelas giginya sahaja..hehe..tanggapan pertamaku monolog didalam hati “cantiknye gigi kau putih pulak tu” haha..Kemudian perbualan terhenti kerana rakanku memanggilku dari jauh “chichi sini kejap”..dengan pantas aku berlalu..tanpa aku mengingati kejadian pada waktu itu..
“Dan kerana cangkir tak bisa menampung kopi dan teh bersamaan,maka cukuplah kupilih kopi sebagai selera paling tepat untuk cangkirku hari ini..”begitu juga alasan ku memilihmu..selera..

Nantikan selanjutnya..