Ohh… Begini rasa bercuti bersendirian tanpa sesiapa pun di sisi…. Semuanya baik-baik
saja malah lebih mudah.. dan waktu bersendirian ini membuat aku lupa akan
segala permasalahan yang ada.. Bersiar2 di tepi pantai.. Mendengar bunyi ombak
rindu yang membadai bebatu dan pasir
desir di pinggir pantai… melihat gunung yang berdiri megah.. alam semula jadi
yang membuat aku mengagumi ciptaaNya..
Hari keempat aku di sini,aku membeli belah di sebuah pasar
kerana ingin membeli sedikit buah tangan untuk keluarga dan rakan-rakan baik
ku.. Setelah aku selesai membeli belah aku menaiki “angkot” iaitu kenderaan
awam yang dinamakan di Indonesia.. Ketika aku menaiki angkot itu aku menoleh ke
sebelah kiri oppss...! ohh tidak si dia.. yach… insan yang dulu pernah hadir dalam hati kecil ku
sewaktu tika dahulu.. Bagaikan jantung berhenti berdegup.. Mata yang tidak mampu
berkedip.. Tangan yang tidak mampu bergerak.. Lidah yang tidak mampu berbicara..
Si dia menoleh dan melambaikan tangan.. Keadaan yang begitu bingit membuatkan
si dia hanya menggunakan bahasa isyarat yang tidak aku fahami….
~~Sudah tiba di didepan hotel.. Ketika aku hendak turun..
Dia juga mengikuti aku.. Aku hairann.. Adakah si dia juga sedang bercuti disini…??
Nantikan selanjutnya….
No comments:
Post a Comment