Hakikat kehidupan di mana petemuaan itu kebetulan perpisahan
itu pasti. Hubungan telah pun terlerai. Aku masih begini mencari apa yang aku
ingin kan dalam kehidupan ku. Setelah 5 tahun berlalu, Aku memulakan perniagaan
secara kecil kecilan iaitu membuka
restoran Nasi Padang di kawasan Subang Jaya. Aku masih bekerja di sebuah
syarikat disamping menjaga restoran itu dengan bantuan ahli keluarga ku. Aku
merangkak mencari strategi untuk mengembangkan lagi perniagaan aku. Akhirnya
selama setahun lebih aku bergiat dalam melebarkan sayap ku dengan sambutan yang
sangat memberangsangkan daripada pelanggan2 . Aku membuat menu yang persis sama
dengan me nu ada yang di serantau negeri Padang dan olahannya adalah original dan
bahan yang digunakan adalah di import dari Sumatera Barat. Dengan bantuan ahli keluarga ku yang memang
terlahir dari kalangan yang pandai memasak kami mengusaha kan bersama. Di sini
aku berasa keluarga amat penting disisi disamping kerjaya yang aku cipta
semakin cerah jalannya maka kehidupan ku kini hanya memikirkan jalan untuk berjaya bukan lah bermain perasaan.
No comments:
Post a Comment